Saturday 30 November 2013

Ayam Masak Merah

 
Salam,
 
Hari nie hujan sepanjang hari membuatkan otak aku pun menjadi beku dan hati jugak rasa sedikit mendung....uh uh uh...jadi bagi membuang rasa mendung di hati, aku masakkan lah masakan yang berwarna merah ini supaya hati kembali riang gembira...ngeeee...
 
Inilah dia masakan berwarna merahku yang nama glamernya iaitulah Ayam Masak Merah...Tadddaaa... (Bila aku tengok air kat sebelah tuh...rupa dia lebih kurang sama macam hati aku jugak lah...yang mendung sepanjang hari...macam tak ada seri jer) hik hik hik...
 

Inilah dia resepinya....

Ayam Masak Merah

Untuk Ayam:
6-8 ketul ayam dibuang kulit
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah itu, goreng ayam hingga masak.

Untuk Gravy:
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 biji bawang besar Holland (dipotong bulat)
2 sudu besar cili boh
4 sudu besar tomato puri
2 batang serai (diketuk)
2 batang cili merah (dipotong dua memanjang ditengah)
2 sudu besar sos tomato
minyak untuk menumis
Sedikit garam dan gula
1 setengah cawan air

[bahan bertanda (*) perlu diblender)

Cara:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblender (bawang merah, bawang putih, halia) dan cili boh.
  • Apabila bahan tumisan telah wangi, masukkan serai, tomato puri dan sos tomato. Biarkan seketika.
  • Kemudian, masukkan air, cili merah yang dipotong dan bawang besar yang dipotong bulat.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masakkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  • Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Siap....
Sedap dihidang bersama nasi tomato, lovely nasi kuning, nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi putih.

SELAMAT MENCUBA!!!!

Sunday 24 November 2013

Lovely Nasi Kuning

 
Salam,
 
Alhamdulillah, hati rasa sedikit tenang hari ini kerana semua data dan bahan rujukan yang aku perlukan untuk menghadiri Workshop on International Conference & Journal Paper di Melaka bermula esok semuanya telah aku dapatkan dan kumpulkan.
 
Bukan apa, last week aku sedikit gelabah kerana data logger TELAIRE aku nie tak properly function...biasalah kan DUGAAN...tapi berkat kesabaranku dan doaku pada yang maha ESA, alhamdulillah...data logger aku telah kembali berfungsi dengan baik sekali. So, segala data yang aku perlukan dah berjaya dikumpulkan. The next step is...use the data wisely  then write it smartly, intellectually and patiently. Hopefully the result will turn to be in successful colours...God willing...
 
Disebabkan hati aku nie dah berbunga-bunga kerana semua benda yang aku perlukan telah siap siaga, walaupun terpaksa meninggalkan Mr. Husben  buat beberapa hari...uh uh uh uh...(nada sedih)....jadi aku tinggalkan lah my Lovely Nasi Kuning kat coretan ini sebagai tanda ingatan....cheh cheh cheh...jiwang karat la pulak....
 
My Lovely Nasi Kuning? Apakah dia? Jeng...jeng...jeng... Tadaaa....Ini lah dia yang aku maksudkan....Macam canteq je...macam cute jer...he he he he... 
 

Nasi ini adalah masakan favourite ma ku setiap kali aku dan adik beradikku balik ke kampung. Air tangan ibu... tiada penggantinya kan? Dek kerana last week, hati asyik teringat pada ma dan abahku, jadi aku pun mulalah mencuba membuat nasi kuning ini menggunakan resepi yang diberi oleh ibu tersayangku untuk santapan bersama Mr. Husbenku. 


 
Dua versi decoration... hehehe... one is decorated by Mr. Husben and the other one is by myself. Feeling happy with the decoration. Thanx my dear...
 
So, here is the recipe...
 
Nasi Kuning
 
2 pot beras (aku guna beras Super Special Thai cap Langsat)
3 pot air
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sedikit rempah 4 sekawan (bunga lawang, biji pelaga, kayu manis dan cengkih)
garam dan gula secukup rasa
sehelai daun pandan
3 sudu besar minyak untuk menumis
 
Cara:
  • Basuhkan beras dan sejatkan.
  • Tumis rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kunyit hingga wangi di dalam kuali.
  • Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi.
  • Simpulkan sehelai daun pandan dan masukkan ke dalam bahan tumisan.
  • Kemudian, masukkan beras.
  • Kacau nasi ketika 3/4 masak untuk memastikan nasi masak dengan sempurna.
  • Then...siap...

(Hidangan untuk 4-5 orang)

Setelah masak, bolehlah dihidang bersama ayam masak merah, rendang daging dan acar. Tapi disebabkan aku malas nak buat acar...aku just potongkan buah tomato dan daun salad aje...huhuhu.... Feel free to try...
 

Friday 22 November 2013

PART 1- FIRST DEGREE IN UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)

UNITEN - Dengan izin Allah S.W.T, aku telah dianugerahkan Bachelor Degree in Mechanical Engineering (Hons.).

Catatan ini dibuat bagi memberikan motivasi kepada anak didikku yang disayangi dan kepada diriku jua supaya mempunyai semangat dan kekuatan yang tinggi untuk belajar dan terus belajar.

UNITEN adalah salah sebuah universiti swasta yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Ia adalah sebuah universiti yang menjadi milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), wujud sebagai salah sebuah utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara.


PUTRAJAYA CAMPUS
Kampus Putrajaya

UNITEN telah beroperasi sebagai  Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) dalam tahun 1976 dan telah menyumbang bakti yang agak lama sebagai pusat latihan korporat bagi TNB dan badan berkanun sebelumnya, yang dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara.


Kampus Sultan Ahmad Shah
Pada tahun 1994, TNB telah mengubah ILSAS menjadi institut pengajian tinggi dan menamakannya Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN) dan mendapat taraf universiti pada tahun 1997 dengan menggunakan nama UNITEN.

Kepada anda yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan, IT atau pengurusan bisnes, anda boleh memohon untuk belajar di sini. Suasana kelas yang cukup kondusif, disertai dengan kelengkapan pembelajaran dan fasiliti makmal yang moden dan terkini akan membawa anda merasai pengalaman belajar yang menarik, menyeronokkan dan memuaskan.

Sebaik tiba di hadapan pintu pagar utama, anda akan disambut oleh pengawal keselamatan yang bersedia membantu anda menunjukkan arah tujuan anda.
 
 

Setapak ke hadapan, anda akan dapat melihat bangunan perpustakaan yang mempunyai rekabentuk yang unik. Terdapat jambatan bersambung di antara dua bangunan perpustakaan ini. Sangat menarik untuk berada di bahagian ini kerana anda akan dapat melihat sebahagian pemandangan kawasan UNITEN sambil membaca dan mengulangkaji pelajaran.
 


Seterusnya, anda akan menjengah satu bangunan kaca berwarna biru di sebelah kanan anda jika anda terus berjalan ke hadapan. Ini adalah bangunan utama bagi setiap pelajar UNITEN iaitu Administration Building. Hari pertama anda di UNITEN akan bermula di sini dan hari terakhir anda juga adalah di sini.






Gambar di atas adalah pemandangan daripada luar bangunan  administration manakala gambar di sebelah adalah lobby bangunan berkenaan. Suasana di lobby ini sangat menarik seakan-akan berada di lobby sebuah hotel.
Ini adalah salah satu mercu tanda kolej yang terdapat di dalam kawasan UNITEN. Program akademik Uniten ditawarkan oleh Kolej Kejuruteraan, Kolej Pengurusan Bisnes dan Institut Kajian Liberal.

Semua program direkabentuk untuk memenuhi keperluan akademik Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sementara program kejuruteraan dan perakaunan disediakan bagi memenuhi syarat-syarat keahlian dalam badan profesional yang relevan.

Di bawah Kolej Kejuruteraan, lepasan SPM boleh memilih program yang ditawarkan seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Ijazah Sarjana Muda Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Diploma Kejurutersan Elektrik, Diploma Kejuruteran Mekanikal dan Diploma Teknologi Maklumat.

Sementara itu, Kolej Pengurusan Bisnes pula menawarkan enam program pengajian yang berkaitan bisnes, perdagangan dan pengurusan.


Uniten sebagai sebuah pusat pengajian yang ekslusif dan strategik di dalam Koridor Raya Multi Media (MSC) turut menyediakan pelbagai kemudahan yang mampu menawarkan suasana yang ideal untuk pencapaian akademik dan perkembangan intelektual pelajar.
 
Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar ialah perpustakaan, kemudahan komputer, makmal, penginapan berbentuk apartment yang mampu menampung 2,500 pelajar serta kemudahan sosial, rekreasi dan sukan.
 
 
Gambar di sebelah menunjukkan bangunan apartment untuk kediaman para pelajar. Apartment ini mempunyai 2 buah bilik untuk 2 orang penghuni, ruang tamu yang dilengkapi dengan set sofa dan juga dapur.

Jika anda pelajar UNITEN, hanya dengan RM 1.00 salah satu aktiviti riadah yang anda boleh lakukan adalah dengan beriadah di kolam renang yang disediakan di dalam kawasan kampus.
 
Jika anda inginkan ketenangan setelah penat mengulangkaji, anda boleh berjogging atau membuat aktiviti santai dengan menikmati pemandangan indah tasik buatan ini yang juga terletak di dalam kawasan kampus UNITEN.

Semoga anda terus maju dalam apa jua lapangan yang anda ceburi. Thanks for reading.



Wednesday 20 November 2013

Nasi Bubur bersama Ikan Rebus Goreng

 
Salam,
 
Masakan ringkas untuk memenuhi tuntutan makan dikala kesihatan kurang mengizinkan. Nasi bubur dan ikan rebus goreng.
 

 
 
Resepi untuk nasi bubur dan ikan rebus goreng:
 
 
Nasi Bubur
 
3/4 pot beras
2 ulas bawang merah*
2cm halia*
1 ulas bawang putih*
10 - 15 biji halba
Ayam (dipotong kecil,)
Udang (optional), 
Carrot (dipotong dadu)
Air secukupnya
1 sudu besar santan (optional)
Sedikit garam
Sedikit gula
 
Bahan bertanda (*) perlu dimayang halus
 
Cara:
  • Renehkan beras yang telah dibasuh bersih dengan air yang secukupnya menggunakan api yang perlahan.
  • Sambil beras direneh, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, halba, ayam, udang dan carrot.
  • Masakkan sehingga beras betul-betul kembang dan hancur.
  • Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
  • Bila telah hampir masak, masukkan sesudu santan dan gaul rata.
  • Siap untuk di hidang. Boleh dihidang bersama ikan bilis goreng atau bersama ikan rebus goreng.
(hidangan untuk 2-3 orang)
 
Ikan Rebus Goreng
 
2 ekor Ikan kembung
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit air
 
Cara:
  • Ikan, asam keping dan garam dimasukkan ke dalam periuk.
  • Rebuskan kesemua bahan dengan sedikit air sahaja lebuh kurang dalam 10 minit.
  • Angkat dan gorengkan pula ikan tersebut dengan minyak yang banyak sama seperti kaedah menggoreng ikan.
 
SELAMAT MENCUBA.... :-)


Saturday 16 November 2013

Khasiat Koko dan Coklat

Salam,

Koko dan coklat dikatakan dimakan hanya untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, sebenarnya koko dan coklat menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
 
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat. Theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.
 
Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.
 
Kesan antioksida poliphenol dalam koko
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.


Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular


Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.


Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan


Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.


Koko melambatkan proses penuaan


Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan.
 
Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida.
 
Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.


Coklat sebagai makanan berkhasiat


Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
 

 

COKLAT KOSONG

COKLAT SUSU

TENAGA

511 kcal

514 kcal

LEMAK

32.3 g

29.0 g

PROTEIN

4.1 g

8.1 g

KARBOHIDRAT

51.9 g

56.1 g

ZAT BESI

2.3 mg

0.8 mg

KALSIUM

29.0 mg

233.0 mg

TIAMIN

0.04 mg

0.09 mg

RIBOFLAVIN

0.02 mg

0.3 mg

NIASIN

0.4 mg

0.4 mg

VITAMIN A

22.0 mg

84.0

 
Sumber : http://www.koko.gov.my/lkmbm/loader.cfm?page=Industry/GoodnessOC.cfm

Chocolate Moist Cake Cinta Hati

Salam,

Memperkenalkan...CHOCOLATE MOIST CAKE CINTA HATI

sweetkurma.blogspot.com


Kek yang aku buat sebulan lebih sudah, special delivery for my dearest brother and sister in law, my niece and my nephew semasa kunjungan aku dan hubby ke rumah mereka di Bandar Saujana Putra.
 
Kebetulan ma, abah dan adik2 aku yang lain pun ada, makanya kek nie telah menjadi rebutan semua orang dan sekejap aje...dah habisss....
 
Dah banyak kali aku buat kek nie. Ada dibuat untuk makan suka2 dengan hubby or celebrate something special with him, ada dibuat untuk makan dengan office-mate dan ada juga dibuat untuk di bawak balik ke kampung. Aku suka sangat dengan rasanya...ada special taste pada kek coklat nie sebab aku tambahkan sedikit kurma dan badam dalam resepinya but no one recognize the dates inside it...unless i told them....itulah specialnya kek coklat aku ni...
 
Yang seronoknya...bila tengok orang makan, dan dia orang suka...it was a satisfaction for me as a cooker of chocolate cake lover...hip hip hip...
 

sweetkurma.blogspot.com
 

So,here is the recipe,have some try coz u won't regret with it.
 
 
CHOCOLATE MOIST CAKE CINTA HATI
 
Bahan A:
 
18 biji buah kurma (dibuang biji)
1/4 cawan air
Segenggam badam tanpa kulit dan dikisar halus
 
Cara:
  • Kisar kurma hingga hancur dengan sedikit air. Tambahkan badam yang telah dikisar sebelumnya ke dalam kurma dan kisar lagi untuk sebatikan campuran kurma dan badam.
 
Bahan B:
 
3/4 cawan susu kotak Dutch Lady perisa coklat
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu the esen vanila
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder*
1/2 cawan serbuk koko*
 
(bahan bertanda (*) perlu diayak bersama)
 
Cara:
  • Satukan Bahan A bersama minyak, gula halus, susu dan esen vanila. Pukul dengan sebati dan gebu.
  • Masukkan tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat. Kaup balikkan adunan dengan lembut.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang di gris.
  • Bakar kek pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan kek dan sapukan dengan chocolate topping di bahagian atas kek.
  • Hiaskan kek dengan rice chocolate.

CHOCOLATE TOPPING

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak jagung
1/2 tin susu pekat manis (tin kecil)

Cara:
  • Satukan kesemua bahan dan masak secara double boiler hingga chocolate topping menjadi berkilat.

Chocolate Moist Cake Cinta Hati nie akan menjadi lebih sedap jika disimpan semalaman di dalam freeze.

SELAMAT MENCUBA !!!