Sunday 8 December 2013

Nasi Tomato

Salam,
 
Bila tiba weekend dan tak kemana-mana... rajinlah aku menyediakan hidangan nasi yang mempunyai warna... sebagai contohnya nasi kat gambar bawah nie...tak der la asyik makan nasi putih je kan? hehe...memanglah penat sedikit tapi hati akan rasa puas apabila melihat seseorang yang disayangi makan dengan penuh senyum simpulnya... hik hik hik... so..apa salahnya kan?
Sebenarnya aku nie tak lah pandai sangat bab masak memasak nie...tapi aku suka mencuba... sebab rasa jemu jugak kalau asyik makan benda yang sama aje... So..inilah dia nasi tomato yang aku hidangkan bersama ayam masak merah dan rendang daging. 
Resepinya adalah seperti dibawah:

Nasi Tomato

2 setengah pot beras (aku guna beras Super Special Thai cap Langsat)
3 setengah pot air
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
1/2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tomato
sedikit rempah 4 sekawan (bunga lawang, biji pelaga, kayu manis dan cengkih)
garam dan gula secukup rasa
sehelai daun pandan
1 setengah sudu besar majerin
 
Cara:
  • Basuhkan beras dan sejatkan.
  • Cairkan majerin di dalam kuali.
  • Tumis rempah 4 sekawan, bawang merah, halia dan serbuk kunyit hingga wangi dengan majerin yang dicairkan.
  • Masukkan buah tomato, tomato puree dan sos tomato.
  • Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Tuangkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi.
  • Simpulkan sehelai daun pandan dan masukkan ke dalam bahan tumisan.
  • Kemudian, masukkan beras.
  • Kacau nasi ketika 3/4 masak untuk memastikan nasi masak dengan sempurna.
  • Then...siap...

(Hidangan untuk 4-5 orang)

SELAMAT MENCUBA.... :-)

Wantan Chicken Meatball

Salam,
 
Satu hidangan simple untuk breakfast di hari minggu. Tak pernah terfikir untuk membuatnya sebelum ini walaupun telah beberapa kali aku ngap si wantan nie ke mulut aku. Ideanya datang setelah aku berada di Hotel Hatten, Melaka beberapa minggu lepas. Setiap kali lunch, pasti ada disajikan sajian wantan di Chatterz Dinning nya...Tapi yang pasti, bahan-bahan yang chef di hotel berkenaan guna mestilah lebih hebat kan since yang aku punya nie semuanya guna yang instant aje...kulit wantan nie pun aku just guna kulit popia...itu jer yang ada kat kitchen aku kan...tapi yang pasti berbaloi sangat sebab sangat senang menghasilkannya dan rasanya pun cukup hebat sekali... Inilah dia rupa Wantan Chicken Meatball aku....
Apakah bahan-bahan yang aku gunakan? Ok...lets check the recipe below....

Wantan Chicken Meatball
Kulit popia plain (aku guna jenama KG Pastry)
Chicken meatball with vegetable (aku guna jenama Farm Best)
1/2 ketul kiub pati ayam
Sedikit tepung gandum 
Air
Minyak Masak

Cara:
  • Rebuskan sekejap beberapa ketul chicken meatball (bergantung kepada berapa banyak wantan yang ingin dihasilkan) dengan air dan kiub pati ayam.
  • Setelah chicken meatball timbul di permukaan air, angkat dan toskan ia.
  • Sediakan kulit popia.
  • Potong kulit popia yang bersaiz besar kepada 4 portion.
  • Bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat/gam.
  • Sapukan satu portion kulit popia disetiap bahagian sisinya dengan tepung gandum.
  • Ambil satu portion lagi dan letakkan di atas portion yang pertama tadi supaya ia menjadi dua lapisan.
  • Letakkan seketul chicken meatball ke bahagian tengah kulit popia tersebut.
  • Sapukan lagi di setiap sisi kulit popia dengan bancuhan tepung gandum.
  • Balutkan chicken meatball tersebut dengan kulit popia tadi seperti membalut wantan. 
  • Ulangi proses yang sama sehingga kesemua chicken meatball habis dibalut.
  • Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
  • Setelah masak, toskan minyak dan bolehlah dihidang bersama sos cili...Tambah sedap jika sos cili berkenaan dicampur dengan sedikit mayonis.
SELAMAT MENCUBA... :-) Pasti sangat digemari oleh kanak-kanak.... Lebih murah menghasilkannya sendiri daripada membelinya di luar....

Thank you for reading....

Friday 6 December 2013

Pulut Kuning Gegirl Diraja


Salam,
 
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, hati rasa sangat bersyukur apabila dapat menjamu rakan-rakan seperjuangan aku dengan breakfast pulut kuning gegirl diraja pagi tadi. Cheewah.... namanya gegirl gitu khas untuk gegirl JKM...as the name given by admin group gegirl kami...Thank you so much uoalls kerana sudi menjamah pulut kuning gegirl diraja ku ini pagi tadi....
 
Bagai mimpi sebenarnya bila aku berjaya membuat pulut kuning gegirl diraja ini bersekali dengan rendang ayam sebagai lauknya... sebabnya... langsung tiada dalam perancangan mindaku pada hari sebelumnya... tambah pulak... semua barang yang diperlukan tak de kat rumah... tapi... semangat waja bionic woman tiba-tiba menjelma ke dalam diri aku...hik hik hik... jadi...bershopping lah aku dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari ofisku... dan berketang ketunglah aku di dapur seawal jam 4.30 pagi untuk menyiapkan hidangan istimewa ini...walau apa pun...thanks to my dear friend linas atas sokongan yang diberikan....
 
Ini lah dia sedikit rupa hasilnya daripada hasil yang banyak untuk santapan group gegirl ku.
Uhmmm...Jangan tergoda dengan blackcurrant tu yep... Just sebagai hiasan untuk picture nie tetapi sebagai kunyahan untuk mulutku. Uhmm... nikmatnya rasa blackcurrant nie sebab sangat sweetie gitu...
 
Bercerita pasal resepinya...inilah dia sukatan yang aku gunakan... Dapatlah di jamah anggaran dalam 20 - 24 orang.
 
PULUT KUNING GEGIRL DIRAJA
 
12 pot beras pulut
2 kotak santan
6 pot air
4 sudu teh serbuk kunyit (bergantung kepada jumlah air rendaman dan kepekatan warna pulut yang dikehendaki)
3 keping asam keping
Sedikit garam dan gula
Beberapa helai daun pandan
Air biasa untuk rendaman
 
Cara:
  • Cuci bersih beras pulut.
  • Rendam beras pulut bersama asam keping dengan air rendaman melebihi daripada beras.
  • Tambahkan serbuk kunyit dan gaul secara perlahan supaya ia sebati dengan air rendaman.
  • Rendam beras dalam tempoh 7-8 jam.
Setelah 7-8 jam:
  • Sediakan periuk kukusan.
  • Atur daun pandan pada lubang periuk kukusan supaya beras tidak jatuh melalui lubang tersebut.
  • Setelah itu toskan beras dan masukkan ke dalam periuk kukusan. Pastikan asam keping dibuang terlebih dahulu.
  • Kukus dalam tempoh 20 - 25 minit.
  • Sementara beras dikukus, sediakan santannya dengan mencampurkan sekali santan, air, garam serta gula mengikut citarasa masing-masing.
  • Campuran santan mesti ada rasa masin sedikit bagi mendapatkan rasa pulut yang marvellous setelah masak.
  • Setelah 20 - 25 minit, keluarkan pulut yang dikukus dan masukkannya ke dalam bekas yang lain.
  • Tuang sedikit-sedikit santan ke dalam pulut sambil mengacau dengan perlahan dan sekata sehingga habis.
  • Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi dalam tempoh 20-25 minit atau sehingga masak.
  • Masukkan ke dalam bekas hidangan.
Bolehlah dihidang bersama rendang ayam, rendang daging, daging masak kerutuk, sambal ikan bilis atau sedap juga dimakan dengan ikan kering atau keropok keping sahaja.
 
SELAMAT MENCUBA.... :-)
 
p/s: Kenapa asam keping digunakan semasa merendam beras?
 
Daripada pembacaanku, asam keping digunakan bagi mendapatkan pulut yang berkilat setelah masak....


Sunday 1 December 2013

Tauhu Goreng Sumbat Udang

Salam,
 
Sejak semalam cuaca kat luar mendung dan kadang kala hujan buat perut cepat jer mintak diisi. Then teringat last two days aku ada beli tauhu goreng yang masih lagi tersimpan dalam freezer...jadi...aku rajinkanlah diri masak-masak buat masakan yang aku namakannya tauhu goreng sumbat udang. Huhu...Sedap dimakan bersama sos cili gitu.... Ini lah hasil air tanganku untuk disantap bersama Mr. Husbenku... Oooo Yeah...

Nampak tak? Nampak tak? hehehe....Sedapnya bila dihidang bersama secawan Tea BOH panas berperisa Earl Grey With Tangerine. Iklan kejap...hik hik hik....

Inilah resepi tauhu goreng sumbat udang ku....
 
Tauhu goreng sumbat udang
 
15 ekor isi udang besar
1 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam ajishio
secubit garam
daun ketumbar (racik halus)
1/4 biji cili merah (racik halus)
6 ketul tauhu goreng
1 biji telur
 
Cara:
  • Bersihkan udang.
  • Potong bahagian sisi tauhu goreng (pastikan potong supaya tidak putus dua) dan keluarkan isi dalamnya.
  • Blendkan udang, isi tauhu goreng dan bawang putih.
  • Masukkan daun ketumbar dan cili merah yang diracik halus dan gaul hingga sebati.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam ajishio.
  • Sumbatkan ke dalam tauhu goreng yang telah dikeluarkan isinya tadi.
  • Bancuhkan sebiji telur dan perasakan dengan secubit garam.
  • Celupkan tauhu goreng sumbat udang ke dalam telur dan goreng sehingga keperangan.
  • Siap....

Thanks for reading dan SELAMAT MENCUBA... 

Kuah Dhal


Salam,
 
Terasa senangnya hidup bila ada simpanan instant food kat dalam freezer...masak kejap aje then dah boleh sumbat ke dalam mulut... hehehe... nampaknya ada roti canai instantlah... so, bolehlah aku jadikan ia as hidangan breakfastku..cuma keluarkan dari freezer, masak kejap then dah boleh ngap... boleh aje di makan dengan mencicahnya dengan gula atau susu... tetapi disebabkan ada sedikit kerajinan dalam diriku di pagi weekend nie...so aku buatlah jugak gravynya iaitulah kuah dhal.
 
Inilah rupa kuah dhal aku menggunakan bahan-bahan yang tersedia dalam kitchenku...



Inilah resepi untuk kuah dhal pagi ku... cukuplah untuk dimakan bersama 3 keeping instant roti canai...

Kuah Dal

1/2 cawan kacang dal
2-3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 biji cili padi hijau
secubit biji sawi
2 tangkai daun kari
1/2 batang carrot (dihiris memanjang)
sedikit buah pelaga,kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula sesedap rasa
2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara:
  • Rebus kacang dal sehingga empuk
  • Masukkan carrot apabila kacang dal hampir empuk. Teruskan merebus sehingga kacang dal dan carrot betul-betul empuk.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumiskan buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari, serbuk kunyit  bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Apabila bahan tumisan telah garing, masukkan ke dalam periuk kacang dal tadi.
  • Masukkan garam dan gula sesedap rasa mengikut kepekatan kuah yang sesuai.
  • Siap...

Boleh dihidang bersama roti canai atau capati. SELAMAT MENCUBA!!!