Friday 7 February 2014

Ikan Panggang Golek

Salam,

Teringat zaman kecik2 dulu... tolong Ma Abah hidupkan bara api kat belakang rumah untuk buat ikan bakar atau nama glamer kat Terengganu, ikan panggang. Gunalah sabut kelapa, tempurung kelapa, ranting2 kayu atau daun2 kering.. ehm... Susah rupanya nak hidupkan api bara nie... maklumlah, kecik2 dulu tak pandai... tapi bila Ma atau Abah buatkan... cepat jer menyala... Dan itulah pengalaman yang menyeronokkan...
 
Zaman sekarang... pakai oven jer pun dah boleh buat ikan bakar... atau paling mudah lagi, guna jer pemanggang ajaib... tapi yang nyata... rasa ikan panggang yang terhasil daripada bara api sebenar lebih3 sedap lagi berbanding ikan yang dipanggang atas dapur atau dalam oven...
 
Yang sebenarnya...kat entry kali ini aku nak share resepi ikan panggang golek yang Ma aku selalu hidangkan waktu aku kecik2 dulu... Sweetnyer memori dulu-dulu...
 
So...inilah dia ikan panggang golek aku...
Resepinya seperti berikut:
 
IKAN PANGGANG GOLEK
 
Ikan
3 ekor ikan selar
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
 
Cara:
  • Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dan dikelar dengan sedikit serbuk kunyit dan secubit garam.
  • Kemudian panggang / bakar di dalam oven / di atas dapur / panggang dengan bara api hingga masak.
 
Gravy
1 ulas bawang merah*
1/2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 cm kunyit hidup*
1/2 cm halia*
1/2 cm lengkuas*
2 batang serai* (1 batang di blend, 1 batang di ketuk)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil halba
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak masak
 
Cara:
  • Blendkan kesemua bahan yang bertanda (*) hingga hancur.
  • Campurkan serbuk cili ke dalam bahan yang telah diblend dan kacau hingga sekata.
  • Tumiskan kesemua bahan yang telah dikacau sekata dengan sedikit minyak hingga wangi.
  • Tambahkan halba dan serai yang diketuk.
  • Masukkan santan pekat dan asam keping. Kacau sentiasa supaya kuah tidak berbintik.
  • Perasakan dengan garam & gula. Keluarkan asam keping jika kuah terasa masam.
  • Tuangkan kuah yang telah masak ke atas ikan yang telah dipanggang tadi.
  • Bolehlah dihidang bersama nasi putih... Sedap juga jika ada menu sampingan seperti sambal petai ikan bilis.
Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba... :-)

 

1 comment:

  1. Tq nina
    ..dh try ikan golek nie...syukur husband ckp memg ori trg...😆😆

    ReplyDelete