Monday 24 February 2014

Telur Bistik

Salam,
 
Hidangan telur bistik yang menyelerakan prepared by me... uhmmmm... selalunya kalau aku ngan Mr. Husben makan kat luar, especially kat kedai nie...yang namanya Mira Tomyam - restoran yang kita orang lepak dari zaman bujang sampailah sekarang nih... uh...lama dah we all jadi customer dia orang nie sebenarnya... semenjak aku stay kat Ipoh lah kiranya... ehmmm  dan kalau kita orang order tomyam campur, telur bistik memang takkan kami tinggalkan sampaikan orang kat kedai ni pun dah ingat set kita orang... hehe... cakap jer..macam biasa...then dia orang dah faham set apa....
 
Ok...back to the telur bistik...inilah rupa telur bistik aku... Mr. Husben suka ngan hidangan nie..dan nak buatnya pun tak susah tapi mesti dipadankan dengan tomyam campur bila makan... baru lah ngam....
 


Resipinya pulak macam nie...
 
TELUR BISTIK
(hidangan 2 orang)
 
Telur
1 biji telur
1 sudu besar isi ayam - cincang halus
secubit garam
 
Cara:
  • Campurkan telur, isi ayam dan garam kemudian pukul sedikit menggunakan garfu atau chopstick.
  • Goreng telur tersebut dengan menggunakan minyak yang banyak dan betul2 panas.
  • Balikkan telur jika warna telah bertukar kuning coklat.
  • Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
Tips: Minyak banyak dan panas supaya telur akan menjadi berbuih2 di bahagian tepi dan telur akan menjadi rangup.
 
Gravy
1 labu bawang besar - potong bulat
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili padi hijau - di potong tengah
6 sudu besar sos cili - (aku guna jenama LIFE)
1 sudu besar sos plum / sos tomato
sedikit carrot - potong halus memanjang
sedikit air
Garam dan gula secukupnya
1 sudu besar minyak masak
 
Cara:
  • Panaskan minyak masak.
  • Masukkan bawang putih, bawang besar, cili padi hijau dan carrot. Tumis seketika.
  • Tambahkan sos cili, sos plum atau sos tomato (lebih sedap dengan sos plum) dan sedikit air.
  • Masakkan sebentar hingga kuah tidak terlalu cair.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Setelah masak, tuang ke atas telur tadi.
Siap... dan SELAMAT MENCUBA!!! Jangan lupa... hidangkannya dengan Tomyam Campur dan nasi putih... mesti berbaloi-baloi rasanya... :-)
 
 



No comments:

Post a Comment