Wednesday 13 January 2016

Ayam Masak Steam

As Salam,

Sembang pagi Jumaat lepas bersama offismate aku, Yeoh Poh See telah mengilhamkan aku menghasilkan ayam masak steam ini untuk juadah makan malam aku bersama En. Hubby pada malamnya. Mendengar aku menghidangkan ayam masak steam ini, terus sahaja En.Hubby membuka tudung saji dan berkata.. ehmm..sedap nie..jom makan! hihi... terus la aku menyenduk nasi untuk kami sama-sama menikmati juadah ini. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Resepi asal yang diberi oleh Yeoh hanya melibatkan goji berry tapi aku dengan sesuka hatinya lagi menambah dried red dates dan dried longan sebab kebetulan stok tu ada dalam dapur basah aku..hihi...Anyway..ia menjadi dan sedap and of coz.. penuh berkhasiat..
 
Menurut khazanahpurba.blogspot.my, buah goji adalah makanan tambahan berkhasiat. Makan 3, 5 , 7 atau 21 biji sehari. Cara makan adalah kunyah atau rendam ke dalam air suam selama 10-20 minit. Minum dengan mulakan lafaz bismillah serta berselawat ke atas nabi junjungan besar Muhammad S.A.W serta niat untuk kesembuhan.
 
Menurut khazanahpurba.blogspot.my lagi, goji secara ringkasnya membantu memperbaiki kualiti darah & kesihatan saluran darah bagi memsatikan kesemua organ penting memperolehi zat dan oksigen yang cukup bagi menguatkan fungsi mereka. Akhirnya akan menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh dan sesuai untuk kebahagian hubungan suami isteri.
 
 Jom kita layan resepinya pulak...

AYAM MASAK STEAM
(hidangan untuk 3-4 orang)

Resipi:

8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - hiris nipis
3 cm halia - potong halus memanjang
Sedikit lada hitam kisar
1 sudu teh kicap manis
Beberapa titis minyak bijan
1 sudu kecil buah goji berry
6 biji dried red dates (kurma merah)
6 biji dried longan
Sedikit air
Garam secukup rasa
Cara:
  • Bersihkan ayam
  • Lumurkan ayam dengan lada hitam kisar, garam dan kicap manis. Biarkan dalam 5 - 10 minit.
  • Sementara itu, sediakan periuk kukusan. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
  • Masukkan ayam yang di perap tadi ke dalam bekas pengukus. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
  • Tambahkan sedikit air dan beberapa titis minyak bijan.
  • Taburkan buah goji berry, dried red dates dan dried longan ke atas campuran ayam.
  • Tutupkan bekas pengukus dengan aluminium foil.
  • Kukuskan selama 30 minit atau sehingga ayam masak.
  • Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau sedap juga dimakan begitu sahaja...
SELAMAT MENCUBA dan terima kasih kerana sudi membaca entri ini... :-) 

No comments:

Post a Comment