Monday 29 August 2016

Famous Amos Cookies

As Salam,


Hari Raya Korban dah semakin dekat... mana tahu ada antara uoalls yg nak buat cookies untuk juadah hari raya kan? So, kat sini Nazra share resepi Famous Amos Cookies yang menjadi favourite Nazra dan Mr. Husben dari dulu, kini dan selamanya untuk uoalls cuba buat... sure terangkat punyer...

Cookies nie memang sangat laku bila dihidang kat atas meja. Famili sebelah Nazra dan Mr. Husben pun sangat suka dengan cookies nie... Pasti akan menjadi rebutan bila dibawa balik ke kampung. Hihihi...


Mana Nazra jumpa resepi nie? Sebenarnya dah lupa cedok dari mana... huhu... sebab resepi nie Nazra jumpa sejak sekian lama dulu, dan masa tuh memang tak der nak kisah dengan siapa punya resepi..huhu.. janji buat menjadi dan yang penting rasa musti terbaik...haha... Anyway, terima kasih kepada penyumbang resepi yang awesome nie....

Kalau tengok pada gambar...macam tak berapa nak sedap jer kan... Tapi..jangan di ukur pada luarannya sahaja...hihihi.. Nie sebenarnya cookies yang dibuat semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas... Haaa.. Nampak? Lama dah kan? Dah berhabuk dah gambar nie... tu pasal gambar tu nampak kelam ajer... Haha... Sekarang nie baru ada kekuatan nak update sebenarnya... Huhu..  Masa buat nie... tengah mabuk-mabuk... Tak larat sangat, tapi sebab teringin nak makan... ku gagahkan juga membuatnya, tapi sebenarnya banyak dibantu oleh Mr.Husben. Kesimpulannya... sebenarnya hampir keseluruhannya Mr. Husben yang buatkan... Hahaha... Nazra just guidekan aje macam mana nak buat dan just scoopkan batter masuk ke atas dulang pembakar... Selebihnya semua hasil air tangan Mr. Husben sebenarnya... Thank you my big baby boy a.k.a daddy to be... Hurmmm... Love you very much Sayang...

Untuk resepi...kita jengah ke bawah yep...


FAMOUS AMOS COOKIES
(English Version)

Ingredients:

  • 2 cups butter
  • 4 cups flour
  • 2 tsp baking soda
  • 2 cups granulated sugar (I used 1 cup)
  • 2 cups brown sugar
  • 5 cups blended oatmeal
  • 24 oz chocolate chips
  • 1 tsp salt
  • 18 oz cadburry bar grated (I used Berryl's dark chocolate)
  • 4 eggs
  • 2 tsp baking powder
  • 3 cups chops almond
  • 1 tsp vanilla essense

Methods:

  • Cream the butter and sugar.
  • Add egg & vanilla. Mix together.
  • Add in flour, oatmeal powder, salt, baking powder, baking soda, grated chocolate, chopped almonds and chocolate chips.
  • Scope into balls to the baking tray by using spoon.
  • Bake for 15 minutes in 180 C.


FAMOUS AMOS COOKIES
(Malay version)

Bahan-bahan:

  • 2 cawan butter
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sk baking soda
  • 2 cawan gula halus (Nazra guna 1 cawan)
  • 2 cawan gula perang
  • 5 cawan oat yang dikisar halus
  • 24 oz coklat chips
  • 1 sk garam
  • 18 oz Coklat Cadburry di parut (Nazra guna Coklat Dark Berryl's)
  • 4 biji telur
  • 2 sk baking powder
  • 3 cawan almond cincang
  • 1 sk esen vanilla

Cara:

  • Pukul butter dan gula.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bancuhan butter dan gula.
  • Tambahkan tepung gandum, oatmeal yang dikisar, garam, baking powder, baking soda, coklat yang diparut, almond cincang dan coklat chips.
  • Scopekan bulat-bulat ke dalam dulang pembakar menggunakan sudu.
  • Bakar selama 15 minit dalam suhu 180 C.

SELAMAT MENCUBA!!! Terima kasih kerana sudi membaca entri Nazra kali ini :-)

No comments:

Post a Comment